spot_img
HomeSemasaKereta Myvi musnah terbakar

Kereta Myvi musnah terbakar

SEMPORNA: Sebuah kereta jenis Perodua Myvi musnah hampir keseluruhan selepas terbakar berhampiran Taman Cahaya, di sini tengah hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.02 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna digerakkan ke lokasi kejadian.

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta Myvi.

“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah unit EMRS dikerah ke lokasi yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang terbakar 90 peratus dan pasukan bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula,” kata Komander Operasi, PBK II Mohd Nazirq Korong.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan dan operasi pemadaman berjaya dikawal serta ditamatkan sepenuhnya jam 1.27 tengah hari.

Katanya, punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular