spot_img
HomeSemasaKekalkan produk warisan Sabah, Sarawak

Kekalkan produk warisan Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU: Produk warisan Sabah dan Sarawak perlu dijaga bagi mengekalkan identiti kedua negeri itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Sarawak, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata produk berkaitan warisan Sabah dan Sarawak perlu dipelihara bagi memastikan identiti rakyat kedua-dua negeri tidak ditelan arus pemodenan.

“Dalam mendepani era modenisasi, warisan yang kita ada sekarang adalah sebahagian daripada identiti kita sebagai rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas isteri Ketua Negara, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni.

Mengenai tujuan lawatan itu, beliau menjemput Toh Puan Norlidah melawat Sarawak dan berkongsi idea, serta pengalaman di Songket dan Keringkam.

“Kami menjemput Toh Puan Norlidah melawat Sarawak sambil berkongsi idea dan pengalaman berkaitan produk warisan Songket dan Keringkam yang kami bangunkan di Sarawak,” tambahnya.

Hal tersebut mampu mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negeri dan wujudnya kerjasama antara kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, khususnya dalam bidang produk berkaitan warisan.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Doris William @ Diyanah Abdullah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan, Sabariah Putit.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular