spot_img
HomeDuniaJalan rosak teruk akibat gempa bumi, siap dibaiki kurang 16 Jam di...

Jalan rosak teruk akibat gempa bumi, siap dibaiki kurang 16 Jam di Jepun

Jepun: Kejadian gempa bumi yang berukuran 7.4 skala Richter di timur laut Jepun pada Rabu lalu telah mengorbankan tiga nyawa dan lebih 180 orang lagi cedera di 12 wilayah.

Gempa bumi yang berlaku bukan sahaja memberi kesan kepada diri individu sahaja namun turut menyebabkan banyak jalan raya yang rosak sehingga menyukarkan pergerakkan orang awam. Salah satu lebuh raya yang terjejas ialah Tohoku Expressway yang terpaksa ditutup kerana berlaku keretakan sepanjang 100 meter.

Bagaimanapun, NEXCO atau lebih dikenali dengan nama Nippon Expressway Company, iaitu syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya di sekitar Jepun telah mengejutkan pengguna internet seluruh dunia.

Hal ini demikian kerana syarikat tersebut berjaya memperbaiki jalan raya tersebut dengan hanya mengambil masa yang sangat singkat iaitu kurang daripada 16 jam.

Kerosakan dipercayai mula berlaku pada pukul 11.36 malam Rabu iaitu semasa gempa bumi berlaku dan kerja-kerja baik pulih pula sudah siap kira-kira pukul 3.30 petang pada keesokkan harinya.

Kesiapsiagaan syarikat tersebut dalam menjalankan tanggungjawab mereka membuatkan warganet berasa kagum kerana dalam masa 15 jam 54 minit sahaja, lebuh raya tersebut boleh digunakan semula oleh orang ramai buat sementara waktu ini. Kejayaan mereka membaik pulih jalan raya tersebut membuatkan kesukaran orang ramai dapat diatasi dengan kadar segera.

Walaupun syarikat penyelenggara tersebut berjaya membaik pulih dalam masa yang singkat, mereka tetap mengucapkan permintaan maaf atas kesulitan yang berlaku sehingga menyukarkan banyak walaupun insiden itu terjadi disebabkan bencana alam.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular