TAWAU : Polis menahan seorang lelaki tempatan serta merampas dadah disyaki jenis syabu dianggarkan seberat 5.01 gram, hasil serbuan yang dijalankan di sekitar Daerah Tawau.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata saringan awal ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya.
“Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” tambahnya lagi
Jasmin berkata daerah Tawau masih dalam keadaan yang terkawal. Walaubagaimanapun, operasi bagi membanteras penyalahgunaan dadah di sekitar Daerah Tawau akan tetap diteruskan.
“Orang awam amatlah diseru untuk bekerjasama dengan pihak polis dalam menyalurkan maklumat,” tambahnya.
Orang awam boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis melalui talian hotline 089-772121 atau email polistawau@gmail.com.


