spot_img
HomeJenayahEnam pasangan dicekup berkhalwat malam tahun baru

Enam pasangan dicekup berkhalwat malam tahun baru

Beaufort: Enam pasangan dicekup kerana disyaki berkhalwat diambang tahun baru, di hotel sekitar kawasan pekan Beaufort, awal pagi tadi.

Hasil pemeriksaan ke atas 35 individu, 6 pasangan yang terdiri daripada 6 lelaki dan 6 perempuan ditahan atas kesalahan berkhalwat di hotel berkenaan.

Kes ini dituntut di bawah Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 3/1995 kemudian diserahkan kepada JHEAINS untuk tindakan lanjut.

Pada masa yang sama, satu lagi tangkapan dilakukan atas kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah sebelum dirujuk ke IPD Beaufort untuk diambil tindakan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Operasi bersepadu ini dijalankan pasukan Polis Beaufort bersama Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) awal pagi tadi bagi bersama-sama membanteras aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dan berakhlak khususnya dalam kalangan anak-anak muda.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular