LABUAN : Pasukan Polis Marin (PPM) WP Labuan telah menahan sebuah kenderaan dan beberapa buah jerikin berisi minyak petrol di kawasan tebing laut Ujung Pasir, Wilayah Persekutuan Labuan semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin WP Labuan ASP Saidul Maruf Bin Rosli berkata tangkapan itu dilakukan kerana 2 lelaki dewasa berumur 34 dan 57 tahun telah melakukan kesalahan Peraturan–Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dengan membawa barang kawalan melebihi kapasiti permit yang dibenarkan dan permit yang ada telah tamat tempoh.
Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM66,025.00. Tangkapan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin WP Labuan untuk diserahkan kepada Pihak Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) WP Labuan untuk tindakan selanjutnya.
Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.