spot_img
HomeSemasa3,715 liter diesel dirampas di Penampang

3,715 liter diesel dirampas di Penampang

Penampang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah merampas 3,715 liter diesel bersubsidi dalam serbuan di Penampang, awal pagi Jumaat.

Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Sabah, Zulfamy Mat Udi berkata, serbuan sekitar 1.40 pagi dilakukan susulan maklumat dan pemantauan mingguan ke atas sebuah stor, dipercayai menyimpan minyak diesel bersubsidi di daerah itu.

“Dalam serbuan itu, pasukan penguat kuasa menemui 3,550 liter diesel di dalam tangki plastik stor tersebut, manakala 165 liter diesel lagi ditemui dalam kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan awal mendapati premis itu tidak mempunyai sebarang permit untuk menyimpan barang kawalan.

3,715 liter diesel, kenderaan dan peralatan lain bernilai RM60,487.75 telah disita untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular