Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip berkata penangguhan itu berkuatkuasa serta merta berikutan kes positif COVID-19 yang mendadak hari ini.
Walaupun kita telah mengetahui bahawa pembukaan telah dimaklumkan akan tetapi disebabkan keselamatan dan kebimbangan akan kesihatan masyarakat Sabah khususnya di daerah Kota kKinabalu maka Mayor terpaksa berbuat demikian.
“Keputusan dibuat selepas mengambil kira kenaikan mendadak jangkitan COVID-19 yang membimbangkan di sini.
“Dalam masa sama Taman Ujana Rimba Tropika dan Taman Tun Fuad Stephens yang dibuka sejak 13 Julai lalu turut ditutup sehingga dimaklumkan kelak,” katanya.
Terdahulu DBKK memaklumkan pembukaan Taman Awam Teluk Likas yang boleh dikunjungi orang ramai mulai Ahad depan.
Diharapkan orang ramai akur dengan keputusan yang dibuat dan sentiasa kekal sihat.