spot_img
HomeSukanDatuk Jafry Ariffin dilantik patron Persatuan Hoki Sabah

Datuk Jafry Ariffin dilantik patron Persatuan Hoki Sabah

KOTA KINABALU: Datuk Jafry Ariffin Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah diumumkan sebagai patron Persatuan Hoki Sabah (PHS). Presiden PHS, Datuk Seri Anil Jeet Singh mengesahkan perkara ini kepada demisabah.com.

“Saya telah bertemu dengan Datuk Jafry dan beliau bersedia menjadi penaung kami. Bila beliau bersedia menjadi patron PHS, kami sangat gembira dan bangga”

Pelantikannya disahkan semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi kami hari ini (semalam).

“Datuk Jafry adalah peminat sukan Hoki dan kami percaya dengan keberadaannya dalam persatuan, ia akan memberi kami lebih kekuatan dalam membangunkan sukan hoki di Sabah ini,” katanya.

Datuk Seri Anil Jeet Singh Persatuan Hoki Sabah (PHS) merangkap Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia.

“Persatuan Hoki Sabah boleh memainkan peranan dalam mempromosikan sukan pelancongan dengan menganjurkan pertandingan antarabangsa pada masa akan datang.

“Oleh itu, saya boleh katakan kerjasama ini adalah situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak.

“Bagi pihak persatuan, saya ingin berterima kasih atas kesudian Datuk Jafri menjadi sebahagian daripada keluarga hoki Sabah,” tambahnya.

I Vikneswaran jurulatih pasukan hoki Sabah

Datuk Anil turut mengesahkan bekas pemain antarabangsa negara, I Vikneswaran adalah jurulatih pasukan lelaki Sabah untuk Liga Hoki Malaysia 2021.

“Sebenarnya, beliau juga ada menerima tawaran lebih lumayan dari pasukan lain tetapi memilih untuk bersama Sabah. Jadi, kami sangat gembira kerana dia telah berpegang kepada kata-katanya untuk membimbing Pasukan Hoki Sabah.

“Vineswaran bagaimanapun hanya akan menjadi jurulatih untuk pasukan menghadapi Liga Hoki Malaysia 2021 sahaja,” tambahnya lagi.

-demisabah

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular