Lahad Datu: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam mengumumkan peruntukan RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas melalui TEKUN, MARA dan AGROBANK disediakan kerajaan bagi memperkasa usahawan wanita dalam negara.
Pengumuman ini sebagai ‘batu loncatan’ kepada usahawan wanita untuk memperkembangkan perniagaan mereka, sekaligus dapat membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau berucap pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen semalam berkata selain peruntukan itu, Tengku Zafrul umumkan sebanyak RM50 juta dana pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu Biznita Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) yang bertujuan memperkasa golongan wanita dalam bidang keusahawanan.
Mizma Appehdullah yang juga Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional mengatakan bahawa, kerajaan sangat menghargai peranan yang dimainkan oleh wanita dalam memastikan kestabilan institusi kekeluargaan dalam negara.
“Dana ini juga bertujuan memperkasa golongan wanita dalam bidang keusahawanan. Oleh yang demikian, golongan wanita harus mengambil peluang menerusi peruntukan itu, bagi meningkatkan taraf sosioekonomi diri dan keluarga” tambahnya lagi.
-demisabah


