spot_img
HomePolitikBekas PM Muhyiddin nafi beri kontrak NIISe kepada menantu | Demi Sabah

Bekas PM Muhyiddin nafi beri kontrak NIISe kepada menantu | Demi Sabah

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal dakwaan laporan portal media menyatakan beliau terlibat memberikan kontrak kepada menantunya, projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ia merupakan satu fitnah yang sengaja dilakukan dan direka untuk mencalarkan maruah beliau dan keluarga.

Petikan Sinar Harian, Muhyiddin berkata, proses perolehan kontrak dibuat mengikut tatacara perolehan biasa kerajaan di bawah seliaan Kementerian Kewangan dan kementerian yang berkaitan.

“Saya sebagai Perdana Menteri pada masa itu sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka.

“Ia bukan berada di bawah tanggungjawab atau bidang kuasa saya sebagai Perdana Menteri pada waktu itu,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, pada Khamis.

Menurut beliau, tiada mana-mana ahli keluarganya mempunyai kepentingan dalam IRIS Corporation Berhad sama ada sebagai pengarah syarikat atau pemegang saham. – Sinar Harian

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular