spot_img
HomeSukanBAM restu Lee Zii Jia jadi pemain profesional

BAM restu Lee Zii Jia jadi pemain profesional

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Lee Zii Jia, kini sah menjadi pemain profesional, selepas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Norza Zakaria, memberi restu kepada beliau, hari ini.

Menerusi kenyataan dari laman sosial Facebook milik Lee Zii Jia, beliau lega keputusan ini.

Lee Zii Jia dan ibu bapanya, dapat berbincang secara peribadi dari hati ke hati dengan Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria.

“Saya gembira kerana kami kini menyelesaikan isu ini dengan BAM, selepas mendapat restu Tan Sri untuk menjadi pemain profesional, ” katanya.

Zii Jia bersyukur kerana BAM membimbing, mengasuh bakat dan memberi dia peluang untuk berkhidmat kepada negara dia cintai.

Juara Seluruh England itu turut meluahkan, beliau akan memberi tumpuan kepada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selain itu, Zii Jia berharap dengan keputusan ini dapat menyatukan dirinya dan semua rakyat malaysia serta peminat badminton, agar meneruskan menyokong BAM dan dirinya sebagai pemain profesional negara yang turut dibantu oleh BAM.

Terdahulu, Lee Zii Jia telah meletak jawatan dari BAM. Selepas itu, badan induk badminton negara itu, mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan pemain tersebut, selama dua tahun dalam kejohanan antarabangsa.

Hal ini menjadi bualan panas lalu menyebabkan kemelut antara Zii Jia dan BAM terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular