WASHINGTON: Semalam, pesawat pejuang telah melakukan kesilapan ketika mendarat di kapal pengangkutan pesawat Amerika Syarikat (AS), dekat Laut China Selatan, menyebabkan tujuh tentera laut AS cedera.
Armada Pasifik AS berkata, kemalangan berlaku sebaik sebuah pesawat tempur F-35C cuba mendarat di USS Carl Vinson semasa dalam operasi penerbangan rutin.
“ Tujuh anak kapal cedera namun keadaan mereka kini stabil. Empat daripadanya dirawat diatas kapal, tiga yang lain dibawa ke Manila, Filipina, untuk rawatan.
“Juruterbang pesawat pula telah diselamatkan oleh helikopter selepas melonjak keluar, kini keadaannya turut berada dalam keadaan stabil.
Mengenai insiden dan punca kejadian masih dalam siasatan. Tiada sebarang butiran yang diberikan.
Selepas tamat latihan bersama tentera laut Jepun di Laut Filipina, pada minggu lalu, Vinson dan sebuah lagi kapal induk AS, USS Abraham Lincoln bersama pasukan tempur telah memulakan latihan lagi, sejak ahad lalu di Laut China Selatan. – Berita Harian