PUTRAJAYA: Selepas lebih dua bulan merekodkan lima digit jangkitan COVID-19, negara kembali mencatat angka harian bawah 10,000 apabila 9,066 kes baharu dilaporkan, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang kongsikan ringkasan data harian melalui media sosial turut memaklumkan, jumlah kumulatif negara kini mencecah 2,277,565 kes.
Beliau berkata, hanya dua negeri mencatat empat digit jangkitan baharu, iaitu Sarawak dengan 1,418 kes dan Selangor (1,000), manakala Labuan merekodkan angka sifar, hari ini.
Seterusnya, Johor mencatat 981 kes baharu; Terengganu (827); Kelantan (796); Sabah (767); Kedah (670); Perak (669); Pahang (630); Pulau Pinang (620); Melaka (206); Kuala Lumpur (201); dan Negeri Sembilan (191).
Dua negeri yang melaporkan dua digit jangkitan baharu COVID-19 ialah Perlis dengan 66 kes dan Putrajaya (24). – BERITA HARIAN