spot_img
HomeSemasa60 peratus penduduk Sabah disasar lengkap vaksin September

60 peratus penduduk Sabah disasar lengkap vaksin September

KOTA KINABALU: Sasaran 60 peratus populasi di Sabah mendapat suntikan lengkap vaksin COVID-19 dijadual mampu dicapai menjelang 21 September depan.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata sasaran itu berdasarkan kemampuan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memberi sehingga 60,000 dos vaksin sehari.

Beliau bagaimanapun berkata kemampuan itu bergantung kepada bekalan vaksin yang tersedia dan tiada gangguan jadual penghantaran vaksin ke Sabah.

“Atas andaian bekalan vaksin yang mencukupi terjamin, mengikut perancangan, JKNS boleh mengekalkan momentum melaksanakan pemberian vaksin dengan kadar yang cepat seperti sekarang,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Sehingga semalam, katanya sebanyak 1,383,193 dos suntikan vaksin COVID-19, masing-masing 967,555 dos suntikan pertama dan 415,638 suntikan dos kedua berjaya diberikan kepada rakyat negeri ini.

Masidi berkata Sabah merekodkan 1,062 kes baharu COVID-19, naik semula kepada empat angka berbanding 949 kes semalam.

Berdasarkan analisa dibuat JKNS, katanya peratusan kes bergejala atau kes sporadik didapati semakin meningkat dengan sebanyak 251 kes hari ini atau 24 peratus daripada jumlah kes harian berbanding 201 kes atau 21.2 peratus semalam. – BERITA HARIAN

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular