spot_img
HomeSemasa2969 kes positif di Sabah, 16 terima rawatan hospital

2969 kes positif di Sabah, 16 terima rawatan hospital

KUALA LUMPUR: Sabah mencatatkan penambahan sebanyak 2,969 kes positif COVID-19 dengan hanya 16 kes dilaporkan menerima rawatan di hospital.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes yang dilaporkan hari ini menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 364 kes berbanding kes yang dilaporkan semalam.

Menurut Masidi, sejumlah 2,953 atau 99.46 peratus daripada 2969 kes hari ini adalah dalam kategori satu dan dua.

“Sebanyak 8 kes dalam kategori tiga, enam kes dalam kategori empat dan dua kes dalam kategori lima dilaporkan, mencatatkan sebanyak 16 kes yang memerlukan rawatan di hospital yang juga merupakan bukti nyata keberkesanan pengambilan vaksin.

“Kes yang bergejala mencatatkan angka yang cukup tinggi iaitu sebanyak 1,673 kes bersamaan 56.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dilaporkan hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Masidi berkata, kes-kes ini juga merupakan penyumbang utama kepada peningkatan angka kes positif di beberapa daerah di Sabah seperti Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan, Tuaran, Papar, Tawau, Lahad Datu dan Ranau.

“Peratusan kes bergejala yang tinggi turut menunjukkan COVID-19 sudah bertapak dalam komuniti di daerah-daerah berkenaan dan jangkitan secara sporadik menjadi punca jangkitan utama.

Susulan itu, Masidi turut menasihatkan mereka yang tinggal di kawasan-kawasan berkenaan untuk mengurangkan perjalan ke tempat-tempat sesak, serta sentiasa mematuhi semua SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan risiko jangkitan.

Selain itu, empat kluster baharu dilaporkan melibatkan tiga kluster pendidikan iaitu Kluster Jalan Getah, Kluster Madai di Kunak, serta Kluster Jalan Gudon di Kota Kinabalu manakala satu kluster melibatkan tempat kerja dilaporkan iaitu Kluster Sutera 2 di Kota Kinabalu. – Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular