spot_img
HomeSemasa16 ekor lembu korban diagihkan, masjid surau di Tenom dan Kemabong

16 ekor lembu korban diagihkan, masjid surau di Tenom dan Kemabong

KEMABONG: Adun Kemabong Datuk Rubin Balang menyampaikan 16 ekor lembu korban sempena Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam sekitar daerah Tenom dan Kemabong, semalam.

Seramai 16 wakil masjid dan surau di daerah Tenom dan Kemabong menerima sumbangan lembu korban pada tahun ini.

Rubin berharap dengan sumbangan lembu korban ini akan dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan. Walaupun kita hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.

“Semoga umat Islam dapat menjalani ibadah korban ini dengan penuh kesederhanaan dan dapat menghayati nilai-nilai hari raya korban sebagai penganut yang beragama Islam,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular