MANILA: Seorang wanita dipercayai manusia paling tua di dunia meninggal dunia pada isnin di Kabankalan, Negros Occidental Filipina pada usia 124 tahun.
Francisca Susano dilahirkan pada abad ke-19 meninggal dunia di rumahnya dan punca sebenar kematiannya masih tidak diketahui.
Beliau meninggal dunia bukan disebabkan oleh COVID-19 kerana wanita itu tidak menunjukkan tanda-tanda dijangkiti penyakit itu.
Susano mempunyai 14 orang anak dan 8 daripadanya masih hidup serta memiliki lebih 500 cucu dan cicit. Salah seorang, anak perempuannya berumur 101 tahun.
Beliau dilahirkan pada 11 september 1897 ketika Filipina masih menjadi tawanan tanah jajahan Sepanyol. Berkahwin ketika berusia 14 tahun dan mendirikan rumahtangga bersama dengan 3 orang lelaki.
Datuk Bandar Kabankalan dan para pegawai bandar tersebut mengucapkan takziah selepas Susano meninggal dunia.
“Dengan kesedihan di hati kami ketika kami menerima kabar bahwa Francisca Susano yang kami cintai meninggal lebih awal pada isnin malam 22 November ini,” katanya.
Fancisca Susano akan selalu menjadi inspirasi dan kebanggaan bagi masyarakat Filipina.
Penulis : Nursyafika Abdul Manap