KOTA KINABALU : Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru, Reduan Aklee, telah membuat lawatan ke SK Sembulan untuk melihat permasalahan yang berlaku di sekolah tersebut.
Salleh Dualin, YDP PIBG SK Sembulan mengutarakan tentang keselamatan dan keselesaan murid-murid dan ibu bapa kepada UPPM Tanjung Aru.
Reduan berkata, setakat ini pihaknya akan cuba mengusahakan satu jalan yang terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.
“Ini kerana murid-murid masih lagi dalam golongan kanak-kanak dan keselamatan mereka apabila ke sekolah adalah menjadi keutamaan,” katanya.


Menurut Reduan lagi, beliau telah menerima cadangan kertas kerja dari pihak sekolah untuk tindakan seterusnya.
“Cadangan kertas kerja itu adalah satu cadangan yang baik dan secara tidak langsung akan dapat menjamin keselamatan dan keselesaan para ibu bapa dan juga kepada murid di sekolah tersebut,”tambahnya.
“Saya akan usahakan yang terbaik demi menjaga kebajikan, keselesaan dan yang penting keselamatan warga SK Sembulan,” tambahnya lagi.