spot_img
HomeSemasaSiasat dan ambil tindakan, manipulasi harga pakej pelancongan Semporna - Jafry Ariffin

Siasat dan ambil tindakan, manipulasi harga pakej pelancongan Semporna – Jafry Ariffin

KOTA KINABALU : Datuk Jafry Ariffin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk mengarahkan pasukan penguatkuasa Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) negeri untuk melakukan siasatan berkenaan dakwaan manipulasi harga pakej pelancongan oleh ejen yang tidak berdaftar di Semporna.

Jafry memandang serius akan perkara itu dan mahu pihak berkenaan mengambil tindakan segera sebelum memberi kesan kepada industri pelancongan di daerah itu.

Baru-baru ini, Semporna Professional Divers Association(SPDA) mendakwa ramai ejen pelancongan tidak berdaftar menawarkan pakej pelancongan pada harga yang lebih rendah malah sehingga 50 peratus daripada harga sebenar.

Menurut Jafry, tindakan ini menyebabkan pengusaha pelancongan yang berdaftar mengalami kerugian kerana pengunjung akan memilih untuk menggunakan ejen yang tidak berdaftar kerana harga yang lebih murah.

“Semua ejen pelancongan yang berdaftar dinasihatkan agar mengekalkan harga pakej percutian,”tambahnya.

“Semua ejen juga dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga terutama pada masa pelancongan domestik kembali berkembang,”tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular