spot_img
HomeSemasaUniversiti kubur atlet?

Universiti kubur atlet?

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri termasuk Negeri Sabah telah membelanjakan lebih ratusan jutaan ringgit bagi membiayai projek pembangunan sukan termasuk memastikan program latihan mampu melahirkan atlet yang berjaya menjuarai pertandingan dan kejohanan sukan sama ada di peringkat nasional dan antarabangsa.

Di kebanyakan negeri di Malaysia, program pembangunan atlet yang melibatkan pengenalpastian bakat (Talent ID) biasanya dilakukan dari peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah lagi dengan guru-guru sekolah akan menjadi jurulatih, membimbing dan memberi motivasi kepada atlet terbabit untuk terlibat dalam bidang sukan.

Ada guru-guru yang mengabdikan masa, tenaga dan kewangan mereka sendiri untuk melatih atlet tersebut dan menjadikan atlet itu seperti anak mereka sendiri dan mengharapkan mereka berjaya dalam kejohanan yang disertai.

Di peringkat sekolah, guru yang melatih pelajar untuk menjadi atlet biasanya tidak menghadapi masalah yang besar atau rumit untuk menyusun jadual latihan atlet kerana sistem persekolahan tidak begitu berat atau membebankan apatah lagi terdapat guru besar atau pengetua yang memahami situasi yang dihadapi oleh atlet terbabit.

Namun apabila seseorang atlet memasuki universiti, dilema mula berlaku kerana sistem pembelajaran dan bebanan kursus berbeza-beza sehingga menyebabkan sesetengah atlet yang sebelum ini menunjukkan potensi yang baik untuk menjuarai kejohanan yang disertai atau menjadi atlet mewakili negeri atau negara.

Menurut salah seorang atlet negeri Sabah yang tidak mahu nama beliau dinyatakan, sistem pembelajaran di universiti yang lebih menumpukan aspek akademik berbanding aktiviti kokurikulum seperti penglibatan dalam sukan menyebabkan beliau dan rakan-rakan atlet lain dalam dillema untuk meneruskan karier masing-masing dalam bidang sukan.

Katanya yang kini menuntut di salah sebuah universiti tempatan di Sabah, beban pengajian mengikut sistem semester dengan tempoh pengajian yang pendek menyebabkan prestasi sukan beliau semakin merosot berbanding ketika beliau berada di zaman persekolahan.

“Saya cuba menyesuaikan diri dan menyusun jadual latihan sukan dengan mengambilkira waktu jadual kuliah, tugasan dan peperiksaan namun begitu ia sukar dilakukan kerana sistem pengajian di universiti berbeza dengan sistem persekolahan,” katanya.

Menurut atlet terbabit lagi, terdapat segelintir pensyarah pula yang hanya memaklumkan atau memberi tugasan kepada pelajar di saat-saat akhir iaitu 2-3 minggu sebelum tarikh penghantaran dilakukan.

“Malah dalam sistem pembelajaran secara online, terdapat pensyarah yang tidak menyatakan waktu spesifik berkaitan dengan kuiz yang hendak diberi dan memberi arahan kepada pelajar untuk berjaga sepanjang hari kerana kuiz tersebut akan diberikan pada bila-bila masa sahaja pada hari tersebut.

“Ini memberi kesan kepada pelajar kerana tidak semua pelajar mempunyai kemudahan internet. Sekaligus ia menyukarkan saya dan rakan-rakan atlet lain untuk menyusun jadual latihan bersama jurulatih terutama apabila tugasan yang diberikan secara tiba-tiba itu pula bertembung dengan jadual latihan yang ditetapkan oleh pihak seperti Majlis Sukan Negeri,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular