KOTA KINABALU: Kejadian lubang benam telah berlaku di Jalan Teluk Likas tengah hari tadi. Kejadian itu mengejutkan penduduk dan pengguna laluan tersebut.
Sim Fui, Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Bahagian Api-Api mendapat aduan daripada penduduk berkenaan kejadian tersebut dan menyatakan kejadian itu sangat membimbangkan.
Menurut Sim Fui, diameter lubang benam tersebut berkeluasan kira-kira 20 kaki dengan kedalaman hampir 10 kaki.
“Nasib tiada kemalangan yang berlaku,”tambahnya.
Sim Fui menjelaskan bahawa perkara itu sudah disampaikan kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan jabatan berkaitan.
“Pihak tersebut akan segera bertindak untuk membaiki kerosakan yang berlaku,”tambahnya.
“Semua pengguna laluan ini diharapkan berhati-hati ketika memandu,”tambahnya lagi