KINABATANGAN: Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kinabatangan, Rahia Arpaih membidas kenyataan pemimpin PGRS yang mahu menawan Sukau dan Lamag dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.
Beliau berkata, UMNO Kinabatangan mengalu-alukan mana-mana parti dan individu yang ingin bertanding di Adun Sukau dan Lamag bagi meraihkan proses demokrasi negara.
Memetik petikan Sabah Digest, Rahia, mengingatkan mana-mana parti jangan hanya membawa agenda retorik terutamanya yang berhubung kait dengan pembangunan namun pelaksanaanya tiada, yang ada hanya janji manis kepada rakyat demi menarik sokongan.
“Siapapun boleh berjanji bulan dan bintang,” katanya.
Jelas Rahia, hakikatnya di daerah Sandakan penduduknya terpaksa minum bekalan air paip mesin berbulan-bulan lamanya  dan berkorban wang ringgit untuk membeli mineral water untuk memasak.
Sedangkan sebelum ini, pemimpin PGRS yang menduduki kerajaan berjanji akan menyelasaikan isu ini dalam tempoh tiga bulan.
“Ini tidak termasuk lagi isu kekarapan gangguan bekalan elektrik bukan sahaja di Sandakan malah hampir di seluruh sehingga merosakan peralatan eleketrik, jalan berlubang-lubang yang cuai dilaksanakan oleh konsesi  jalanraya yang dilantik oleh kerajaan GRS,” tambahnya.
Ketua Penerangan UMNO Kinabatangan berkata, seharusnya ini perlu menjadi keutamaan diselasaikan secara tuntas oleh kerajaan hari, sebelum menaburkan janji baharu kepada rakyat demi untuk meraih sokongan.