spot_img
HomeJenayahSejuta lebih penagih dadah di Malaysia | Demi Sabah

Sejuta lebih penagih dadah di Malaysia | Demi Sabah

PUTRAJAYA – Seramai 1,097,408 rakyat negara ini terjerumus ke dalam najis dadah. Data ini dilihat sangat membimbangkan kepada pembangunan belia negara.

Sangat menyedihkan, berumur 15 hingga 29 tahun seramai 328,640 tejerumus ke lembah hitam, najis dadah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, daripada jumlah itu juga,1,051,712 adalah penagih lelaki manakala 45,696 lagi penagih wanita,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gelaja Dadah (JKMD) Bilangan 1 bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada Isnin.

Memetik petikan Sinar Harian, dapatan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2020 menunjukkan setiap 100 orang belia di negara ini, enam daripadanya mengaku pernah mengambil dadah manakala empat lagi mengaku masih aktif mengambil dadah pada tempoh kajian dijalankan.

Ahmad Zahid memberi tempoh selama tiga bulan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar mengusahakan koordinasi di antara beberapa agensi yang berkaitan untuk merangka, menyusun inisiatif atau program yang efektif dan bermanfaat.

“Langkah ini bagi memastikan gejala dadah dapat dibendung dengan lebih berkesan di samping mengusahakan pemulihan kepada penagih dadah sedia ada,” jelasnya. – Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular