spot_img
HomeUncategorizedTuntutan waris Sulu ke atas Sabah tidak diiktiraf

Tuntutan waris Sulu ke atas Sabah tidak diiktiraf

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf prosiding timbang tara yang dibawakan oleh waris Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram II.

Menurut kenyataan Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara, Malaysia tidak mengambil bahagian dalam prosiding di Ibu Kota Paris tersebut.

“Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kedaulatan sebagai sebuah negara berdaulat yang mana tuntutan berkenaan juga tidak bersifat komersial. Ia sebenarnya tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara kerana di dalam Perjanjian 1878 dengan Sultan Sulu tidak mengandungi sebarang peruntukan timbang tara,” jelasnya.

Kenyataan dikeluarkan bagi mengulas laporan media yang mengatakan kejayaan waris itu menerusi timbang tara Sepanyol, Gonzalo Stamoa semasa dalam perbicaraan pada isnin lalu.

“Tuntutan tersebut berbangkit daripada beberapa perjanjian yang melibatkan penyerahan buat selama-lamanya yang telah termeterai di antara Sultan Mohamed Jamal Al Alam dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent.

“Sultan Sulu dan pewarisnya telah menerima wang serahan sebanyak RM5, 300 setiap tahun namun ia dihentikan ekoran insiden serangan bersenjata yang berlaku di Lahad Datu pada tahun 2013.

Mengulas lebih lanjut kenyataan tersebut, Malaysia tetap menekankan bahawa identity si penuntut Wilayah Borneo Utara (Sabah) masih diragui dan belum disahkan.

“Pada tahun 2020, Mahkamah Tinggi Sabah yang bersidang di Kota Kinabalu telah memutuskan tidak memihak kepada penuntut serta tiada perjanjian timbang tara.” Tambahnya lagi.

Kerajaan Malaysia kemudian memfailkan permohonan untuk mengiktiraf dan menguatkuasa keputusan mahkamah di Mahkamah Tinggi Madrid, Sepanyol namun masih belum didengar.

“Bagaimanapun, 2021 Mahkamah Tinggi telah memutuskan serahan notis yang dibuat Stampa kepada kerajaan Malaysia adalah tidak teratur dan tidak mengikut perundangan antarabangsa serta tidak selaras dengan undang-undang Sepanyol.

“Pembatalan itu menyebabkan Stampa bukan lagi penimbang tara dan semua keputusannya adalah tidak sah dan terbatal,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular