spot_img
HomeSemasaKanak-kanak maut jatuh pangsapuri

Kanak-kanak maut jatuh pangsapuri

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki disahkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Puncak Alam, Sungai Buloh. Kejadian ini dipercayai berlaku pada sebelah pagi di kediamannya sendiri.

Kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi dan merujuk kepada siasatan awal, mangsa telah terjatuh menerusi tingkap bilik kedua rumahnya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang perkara meragukan dalam kejadian ini.

“Berdasarkan siasatan setakat ini, ketika kejadian berlaku, ibu dan adik-beradik mangsa berada di rumah berkenaan,” jelasnya.

Tambahan, ketika dihubungi Shafa’aton turut menjelaskan bahawa mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap bilik dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala sehingga menyebabkannya maut.

Sejurus selepas kejadian, mayat mangsa segera dihantar ke Hospital Sungai Buloh, untuk tujuan bedah siasat.

Kes ini juga dianggap sebagai kes kemalangan kerana merujuk kepada siasatan awal, tiada sebarang kesan atau unsur jenayah dikenalpasti.

“Pada masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan ingin saya tegaskan bahawa tiada unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular