spot_img
HomeJenayahTiga lelaki diahan, terlibat kes dadah di Papar

Tiga lelaki diahan, terlibat kes dadah di Papar

PAPAR: Pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Papar dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah menahan tiga lelaki warga tempatan yang terlibat kes dadah di tepi Jalan Kampung Buang Sayang, Papar, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Papar, YDH ASP Rosli bin Rasi berkata, suspek yang berusia diantara 20-an hingga 30-an itu telah ditahan ketika pemeriksaan di buat di tepi Jalan Kampung Buang Sayang, Papar sekitar jam 8.50 pagi.

“Pemeriksaan yang dilakukan juga telah mendapati beberapa paket plastik lutsinar mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu dengan anggaran seberat 0.49 gram.

“Ujian saringan awal air kencing ke atas semua suspek turut mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamines,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hukuman bagi kesalahan memiliki dadah dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh didenda tidak melebihi RM 100,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun, dan kesalahan dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dikenakan denda tidak lebih RM 5000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun dan pengawasan 2 tahun.

Susulan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Papar menasihatkan orang ramai, jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini bolehlah memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Papar di talian 088-912 222.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular