Kota Kinabalu: Kementerian Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah giat menganjurkan program industri hasilan laut bagi menarik perhatian masyarakat, terutamanya nelayan tempatan dalam meningkatkan kemahiran dan pendapatan mereka.
Datuk Yakub Khan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah ketika ditemui pemberita dalam Kursus Pemprosesan Hasilan Laut berkata, ini adalah usaha kerajaan dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan dalam meningkatkan kemahiran mereka.
“Semoga ilmu dalam Kursus Pemprosesan Hasilan Laut ini menjadi penyumbang sumber pendapatan dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti produk peserta hasilkan nanti”

Yakub yang juga ADUN Karambunai berkata, para peserta perlu bekerjasama dalam menghasilkan dan mempromosikan produk kepada masyarakat setempat khasnya di Sabah.
“Agensi kerajaan seperti TEKUN dan MARA perlu membantu pengiat industri hasil laut dalam memperkembangkan perniagaan mereka, suntikan modal dan sebagainya,”katanya ketika merasmikan dan penutupan Kursus Pemprosesan Hasilan Laut dikendalikan oleh Syarikat Big Line.