spot_img
HomeDuniaCabaran Indonesia dalam pandemik COVID-19 tangani masalah ekonomi rakyat

Cabaran Indonesia dalam pandemik COVID-19 tangani masalah ekonomi rakyat

Jakarta: Indonesia merupakan salah satu negara terbesar di dunia yang mempunyai bilangan penduduk paling ramai. Sewaktu pandemik melanda seluruh dunia, Indonesia merupakan salah satu negara yang paling terkesan dalam kemerosotan atau kemunduran ekonomi.

Sejak pandemik diumumkan pada Mac, negara Indonesia sehingga kini belum mampu menangani isu dan masalah ekonomi yang melanda negara mereka kerana jumlah kes Covid-19 harian yang dilaporkan terus meningkat sepanjang tahun 2020 hingga tahun 2021.

Menurut pensyarah Hubungan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah, Ramli Dollah berkata masalah ekonomi merupakan satu isu yang sering diperkatakan dan selalu kita dengari di semua negara terutamanya Indonesia.

“Negara ini mengalami krisis ekonomi sepanjang pandemik. Semua pendapatan, aktivti harian, pusat pelancongan, kilang dan pelaburan asing tergendala dan tidak dapat dilaksanakan seperti sediakala. Akibatnya semua masyarakat Indonesia mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan harian”

“Bukan itu sahaja, Indonesia mempunyai penduduk yang besar dan sukar dikawal kerana dasar kerajaan bergantung pada suatu kawasan atau daerah itu sendiri. Malahan semua masyarakat sukar untuk melakukan aktiviti harian dan pergerakan ke suatu tempat adalah terhad,”  katanya.

Situasi Kemiskinan Selama Pandemik di Indonesia – Foto Riddho Al Izati

Menurut Ramli salah satu kesan yang paling ketara adalah peningkatan kemiskinan. Sehingga kini, Indonesia masih berusaha untuk menstabilkan semula ekonomi negara mereka. Pemerintah mahupun rakyat Indonesia sendiri harus menitikberatkan isu ini dengan melakukan aktiviti ekonomi yang boleh memberi manfaat kepada negara dalam mengatasi masalah ekonomi dihadapi.

Isu dan masalah ekonomi terutamanya kesan daripada peningkatan kemiskinan di Indonesia, sememangnya satu isu yang sangat serius. Oleh itu, diharap semua pihak dapat mengambil berat tentang masalah ekonomi ini, agar taraf kehidupan dan kesihatan penduduk dipertingkatkan serta terjaga.

Penulis: Norliana Mohd Ali

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular