spot_img
HomePolitikJimmy Wong tubuh NGO, selepas letak jawatan pengerusi DAP Sabah

Jimmy Wong tubuh NGO, selepas letak jawatan pengerusi DAP Sabah

KOTA KINABALU : Datuk Jimmy Wong bekas pengerusi DAP Sabah telah menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu yang dinamakan Sabah Natural Justices For Sabahans, selepas empat hari beliau meletak jawatan.

Jimmy berkata, beliau ingin menunjukkan kepada orang ramai bahawa beliau masih mempunyai keupayaan dan tenaga untuk mengejar matlamat lebih tinggi pada usia 70 tahun.

“NGO tersebut akan memperjuangkan isu-isu seperti perkara sosial, ekonomi, pendidikan, kemiskinan, peluang pekerjaan serta hak anak negeri Sabah,” tambahnya.

Menurut Jimmy, NGO tersebut terbuka menerima sesiapa sahaja, tidak kira daripada kerajaan mahupun pembangkang.

“Asalkan individu yang menyertainya memperjuangkan matlamat yang sama dan mahu menyelesaikan isu-isu penting yang dihadapi rakyat Sabah,”tambahnya.

Jimmy Wong telah meletak jawatan daripada parti DAP pada Isnin, susulan keputusan pemilihan DAP Sabah pada Ahad yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular