spot_img
HomeSemasaBakal tamatkan rangkaian akhir 2021, pengguna 3G digesa beralih ke 4G

Bakal tamatkan rangkaian akhir 2021, pengguna 3G digesa beralih ke 4G

Kuala Lumpur: Masyarakat pengguna 3G digesa segerakan pindah ke rangkaian 4G, elak ketinggalan daripada penyediaan perkhidmatan terkini dan penuhi keperluan teknologi semasa.

Menerusi kenyataan media oleh Jabatan Komunikasi Korporat MCMC, peringatan untuk masyarakat beralih perkhidmatan ini adalah seiring dengan usaha kerajaan yang ingin menamatkan perkhidmatan 3G di Malaysia dan menaiktarafkan liputan jalur lebar yang lebih menyeluruh dan berkualiti tinggi di bawah inisiatif Insfrastruktur Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Ini bertujuan untuk meningkatkan ketersambungan digital dan memberikan pengalaman 4G yang dijangkakan lebih baik dan menarik kepada pelanggan dan seisi rumah”

Projek ini merangkumi satu pelan yang menyeluruh meliputi kualiti kelajuan data yang tinggi, latensi rendah, dan kestabilan rangkaian pilihan, sekaligus menjanjikan penyediaan perkhidmatan kemampuan melayari internet, menstrim video, serta lain-lain perkhidmatan dalam talian dengan lebih lancar.

“Inisiatif ini telah mendapat kerjasama baik daripada pihak penyedia perkhidmatan seperti Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Dan U Mobile Sdn Bhd dengan kejayaan migrasi rangkaian pelanggan sebanyak 1.2 juta dari perkhidmatan 3G ke liputan 4G”

Justeru itu, MCMC menggesa orang ramai serta syarikat berkaitan untuk memanfaatkan inisiatif kerajaan bagi memajukan peralihan dan liputan rangkaian sebaik mungkin kearah yang lebih berkualiti bagi menikmati kesalinghubungan jalur lebar yang baik dan lancar, khususnya untuk rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular