Tanpa jaminan Artikel 112C dan 112D, Sabah tidak sertai pembentukan Malaysia | Demi Sabah

227
Foto - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anifah Aman, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) menyerah memorandum kepada Kerajaan Pusat berkenaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan pada Sabtu.

Beliau mengesa Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutamakan perlaksanaan artikel ini.

“Artikel 112C dan 112D adalah sebahagian daripada jaminan Perlembagaan yang diberikan kepada Sabah dalam pembentukan Malaysia pada tahun 1963”

“Tanpa jaminan itu, Sabah tidak akan bersetuju untuk menyertai pembentukan Malaysia,” tegasnya.

Di bawah Artikel 112C dan 112D, Sabah berhak mendapat geran 40 peratus daripada semua hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah.

Tambah Anifah, dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Persekutuan akan menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963, semua isu berkaitan MA63 perlu diselesaikan menjelang 2023 untuk semua rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada perpaduan dan kemajuan.

“Kerajaan Persekutuan tidak membayar hak kepada Sabah sejak 1973, sekali gus menafikan hak negeri itu yang amat diperlukan dari segi pembangunan”

“Kerajaan juga telah gagal untuk mengadakan kajian semula pemberian yang dipersetujui sejak tahun 1974 dengan Kerajaan Negeri melanggar Perlembagaan,” katanya. – Awani