Kenyataan Dumi perlu ditarik balik, elak persepsi negatif masyarakat – Jeffery Nor

694

PUTATAN: Jeffery Nor Mohamed, Ketua Bahagian Putatan menempelak kenyataan Adun N62 Silam, Dumi Pg Masdal yang menyatakan ada peruntukan kawasan DUN yang disalurkan kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan Silam.

“Tiada sebarang peruntukan disalurkan kepada UPPM kawasan untuk projek-projek kecil seperti dinyatakan oleh Adun Silam dalam sidang Dun baru-baru ini” katanya.

Jeffery yang juga pegawai UPPM pusat berkata, kenyataan YB Silam perlu ditarik balik bagi mengelak persepsi negative dari kalangan masyarakat kawasan tersebut.

“YB Adun mohon bertanya terlebih dahulu kepada UPPM pusat mengenai isu-siu yang melibatkan UPPM kawasan, sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan”

Tambahnya, pintu UPPM pusat sentiasa terbuka kepada mana-mana YB Adun ataupun rakyat negeri Sabah untuk  bertanya berkenaan UPPM kawasan.

Terdahulu dalam sidang Dun Sabah baru-baru ini Dumi Pg Masdal menyentuh berkaitan peruntukan kawasan dun, terutama kawasan pembangkang.

“Yang mana peruntukan Dun disalurkan kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat atau pegawai daerah. Peruntukan ini tidak sampai kepada sasaran”

Tambah Dumi, mereka yang mengendalikan tidak prihatin, hanya untuk isi poket mereka sahaja. Sebab itulah ramai Adun pembangkang, melompat parti kononnya demi rakyat.

“Kerana dapat kedudukan selesa dan gelaran,” katanya.