spot_img
HomeSemasa73 keluarga mangsa angin ribut, dapat bantuan keperluan asas | Demi Sabah

73 keluarga mangsa angin ribut, dapat bantuan keperluan asas | Demi Sabah

PUTATAN: Seramai 73 keluarga mangsa bencana angin ribut dapat bantuan keperluan asas dari Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) kerjasama Unit Pemimpin dan Pembangunan Masyarakat (UPMM) kawasan N22 Tanjung Aru.

Kejadian pada 29 November lalu, merosakkan 38 buah rumah di lima kampung di Pulau Gaya.

Kejadian itu turut menyebabkan dua bangunan SMK Pulau Gaya dan SK Pulau Gaya rosak selepas atap beberapa bilik darjahnya diterbangkan angin kencang.

UPMM Tanjung Aru, Reduan Aklee berkata, telah menyerahkan sumbangan kepada pihak PIBG SMK Pulau Gaya dan SK Pulau Gaya.

“Bantuan agensi kerajaan seperti pihak kebajikan, pusat zakat, baitulmal dan Yapeim tengah dalam proses untuk membantu penduduk yang mengalami kerosakan akibat angin ribut,” jelasnya.

Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
Penduduk Pulau Gaya mendengar taklimat dari Pihak JKM dan UPMM Tanjung Aru.

Tambah Reduan, semoga bantuan yang disalurkan dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh penduduk.

“Saya memohon kepada egensi kerajaan, swasta dan NGO dapat memberi sumbangan kepada mangsa bagi membantu mereka meneruskan kehidupan yang agak susah selepas bencana ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular