Kerajaan komited selesai isu MA63, gembirakan rakyat Sabah – Aslan Fadli

606

KALABAKAN: Ketua Pemuda UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Shamsul Alang menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tugas kepada, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam memastikan isu tergendala MA63 disegerakan.

Aslan Fadli berkata, pengumuman ini memberi kegembiraan seluruh rakyat Sabah dan Sarawak untuk melihat perjanjian MA63 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Segala isu yang tertunda dapat diselesaikan dengan segera demi kemakmuran dan pembangunan ekonomi khasnya di negeri Sabah,” jelasnya.

Tambah Aslan, rakyat Sabah sudah lama inginkan pembangunan yang pesat dalam merancakkan ekonomi negeri ini

Dengan kelancaran perjanjian MA63 dilaksanakan dapat menaiktaraf kehidupan rakyat Sabah yang selama ini dipinggirkan.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar berkata, kebanyakan terma MA63 sudah diselesaikan, cuma ada beberapa isu timbul keresahan dalam pemimpin Sabah dan Sarawak.

“Datuk Seri Fadillah diberi tempoh sebulan supaya penyelesaian ketara dapat dicapai dalam menangani isu ditimbulkan,” katanya.

Tambah Anwar, jika perlu penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri boleh dilakukan untuk memantau pelaksanaan perjanjian berkenaan.