Rakyat sudah bosan dengan orang politik – Bung Moktar

221

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat pada hari ini, membahas berkenaan keperluan menyokong kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kestabilan politik dan demi rakyat.

Bung berkata, apapun nama kerajaan, sama ada kerajaan gabungan, perpaduan, campuran, apa yang paling penting bukan soal nama tetapi kestabilan kerajaan ini harus  diteruskan apa cara sekalipun.

“Politik stabil, makmur ekonomi kita dapat bela untung nasib rakyat”

“Cukuplah kita melalui pelbagai proses dalam politik. Satu penggal 3 perdana menteri, ini merugikan rakyat,” katanya.

Tambah Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, rakyat sudah bosan dengan orang politik.

“Jesteru itu, hari kita perbetulkan persepsi ini,” katanya.