spot_img
HomeJenayahTangkapan kes dadah di papar

Tangkapan kes dadah di papar

PAPAR: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Papar berjaya melakukan tangkapan ke atas 4 orang lelaki tempatan di ka wasan Kimanis dan Bongawan, semalam.

Ketua Polis Daerah Papar, YDH DSP Batholomer Ak Umpit, berkata suspek yang berumur 30 hingga 40an telah ditahan oleh PDRM IPD Papar setelah didapati terlibat dalam aktiviti penagihan dadah, manakala salah seorang suspek juga turut terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan Bongawan.

“Seberat 6.15 gram dadah telah dirampas manakala hasil ujian saringan awal polis mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Metaphetamine,” katanya dalam kenyataan semalam.

Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, di samping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar ini.

Susulan itu, Batholomew turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memberikan sebarang maklumat berkenaan jenayah dadah di daerah ini kepada pihak PDRM, IPD Papar khususnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular