KOTA KINABALU : Skuad Projek FAM-MSN berada diperingkat akhir melakukan persiapan bagi menghadapi dua kejohanan utama yang dijadualkan berlangsung pada Ogos dan September depan selain Liga Perdana musim ini.
Ketua jurulatih Hassan Sazali berkata, kedua-dua kejohanan melibatkan Piala AFF dan Piala AFC itu adalah antara sasaran utama pasukan selain cuba mencatatkan keputusan terbaik pada Liga Perdana musim ini.
“Setakat ini, pasukan Skuad Projek FAM-MSN ini dibarisi pelapis dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP),” tambahnya.
Menurut Hassan, bagi persiapan kali ini, kita mengadakan beberapa perlawanan persahabatan termasuk di Sabah dan Negeri Sembilan selepas ini bagi memberi peluang kepada pemain untuk terus beraksi secara kompetitif.
“Setakat ini, pasukan ini menggabungkan 13 muka lama yang dikekalkan dengan selebihnya pemain baharu bagi mengharungi saingan Liga Perdana musim ini dan dua kejohanan Piala AFF dan Piala AFC bawah 20 tahun,” tambahnya.
Hassan berkata, bagi tempoh ini pihaknya juga akan terus memantau bakat-bakat baru yang boleh diserap ke pasukan berkenaan dari semasa ke semasa.
“Pasukan ini amat penting sebagai pelapis kepada pasukan negara untuk Sukan SEA dan kejohanan lain menjelang tahun 2025,” tambahnya.- SAFA