spot_img
HomeEkonomiSIBES 2022 dilancarkan, bantu promosi ekonomi Sabah

SIBES 2022 dilancarkan, bantu promosi ekonomi Sabah

KOTA KINABALU : Sabah International Business and Economic Summit (SIBES) 2022 yang bertemakan “Unlocking Sabah’s Potential, Unleashing Business Opportunities” telah berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), bermula hari ini sehingga esok.

Menurut Menteri di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Jafry Ariffin, SIBES 2022 adalah anjuran Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama KSI Strategic Institute For Asia Pacific.

“SIBES 2022 juga merupakan persidangan antarabangsa yang diadakan bertujuan sebagai wacana bagi mempromosikan ekonomi Sabah secara inklusif, mampan dan inovatif,” tambahnya.

Jafry berkata kira-kira 400 peserta menghadiri SIBES 2022 yang terdiri daripada duta-duta luar negara, pelabur tempatan dan asing serta pemain industri dari pelbagai sektor utama seperti sektor pertanian, perindustrian serta pelancongan.

“Kami yakin persidangan ini akan memberi impak positif khusus dalam menarik pelabur asing sekaligus menyokong kelangsungan industri pelancongan di negeri Sabah,” tambahnya.

Selain itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata Sabah juga memainkan peranan penting sebagai penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi Malaysia iaitu sebanyak 5.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan Sabah telah mencapai kejayaan yang ketara dalam pembangunan ekonominya.

” Perbincangan, perkongsian dan cadangan melalui sidang kemuncak ini adalah penting bagi mendapatkan hasil yang bermanfaat kepada ekonomi Sabah,” tambahnya.

” Walaupun ekonomi Sabah terjejas akibat pandemik COVID 19, saya optimis kita akan pulih pada tahun 2022,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular