spot_img
HomeJenayahSeorang saksi bernama Jipun dikehendaki polis, bantu siasatan pergaduhan tular di Tawau

Seorang saksi bernama Jipun dikehendaki polis, bantu siasatan pergaduhan tular di Tawau

Tawau: Tular video pergaduhan yang berlaku di Jalan Persisiran Trauslen Tawau melibatkan sekumpulan lelaki kini dalam siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam sidang media dijalankan di tempat kejadian berkata, motif pergaduhan kumpulan tersebut adalah berpunca daripada perselisihan faham di antara mereka semasa proses penarikan kereta dilakukan.

Siasatan awal yang dijalankan membawa kepada tertangkapnya tujuh orang lelaki berumur lingkungan 23 hingga 38 tahun. Turut dilaporkan pergaduhan tersebut melibatkan penggunaan senjata berbahaya. Dua orang daripadanya adalah warga asing manakala selebihnya adalah warganegara tempatan.

“Pihak kami kini dalam usaha mengesan seorang lagi saksi kejadian iaitu Jumadin Baba @ Jipun, 35, merupakan warga tempatan untuk membantu siasatan lanjut”

ACP Peter Umbuas berkata, pihaknya menyeru agar orang ramai yang telah menyaksikan pergaduhan tersebut tampil ke hadapan melaporkan diri ke balai polis segera atau boleh berhubung menerusi talian hotline IPD Tawau 089-772121 untuk membantu siasatan.

Kes ini disiasat dibawah seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular