spot_img
HomeSosiobudayaSagol makanan tradisi Bajau Semporna

Sagol makanan tradisi Bajau Semporna

Setiap suku kaum dan bangsa ada makanan tradisional menjadi lambang kebanggaan budaya mereka. Etnik Bajau sangat terkenal makanan yang berasaskan sumber laut.

SAGOL merupakan sejenis makanan tradisi suku kaum Bajau Semporna. Makanan ini juga dipanggil sinagol dan siagol yang membawa maksud beberapa bahan yang dicampurkan atau digabungkan.

Selain itu, Sagol merupakan makanan yang berasaskan isi dan hati ikan. Ikan yang dipilih haruslah mempunyai hati yang besar dan kebiasaannya mereka menggunakan  ikan buntal, ikan pari, dan Parrotfish (ikan ogos).

Membuat sagol ini tidaklah rumit, hal ini demikian kerana, bahannya amat mudah untuk diperoleh. Selain dari isi dan hati ikan, sagol juga mengandungi bahan lain seperti bawang, serai, cili, kunyit, dan sedikit perasa.

Proses membuat sagol pada awalnya, setelah ikan dibersihkan asingkan ikan dan hatinya. Rebus ikan asingkan isi dengan tulangnya. Seterusnya, hiris bawang, serai, dan cili kemudian tumiskan dalam minyak yang panas gaul rata masukkan juga sedikit kunyit.

Setelah bahan yang ditumis agak keperangan masukkan pula hati ikan apabila hati ikan sudah hampir masak barulah masukkan isi ikan yang sudah dipisahkan dari tulangnya.

Masukkan sedikit perasa mengikut citarasa masing-masing gaulkan kesemuanya sehinggah rata, maka terhasillah sagol.

Cara makannya bergantung kepada seseorang itu samada makan bersama ubi kayu yang dikukus, dipanggil putu ataupun ubi kayu yang disangai iaitu aggang. Sesetengah individu akan makan sagol ini bersama lauk yang lain seperti kilau, latok, dan makanan tradisi yang lain.

Penulis : Nurul Ain Syakirah

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular