spot_img
HomeSemasa11 individu ingkar SOP, dikenakan kompaun.

11 individu ingkar SOP, dikenakan kompaun.

KOTA KINABALU: Akibat melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19, kompaun dikenakan kepada seramai 11  individu yang ingkar, di seluruh Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, dua daripada individu dikompaun adalah pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi manakala sembilan individu yang lain berada di pusat hiburan melebihi masa.

“Kesemua kesalahan dikesan dalam operasi penguatkuasaan SOP di seluruh Sabah. Sepanjang tempoh terbabit 11 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksana, melibatkan pemeriksaan 8 494 buah kenderaan.

Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) turut menjalankan penguatkuasaan SOP di perairan Sabah yang melibatkan 199 pemeriksaan di kawasan pantai timur dan 55 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.

“Sebanyak 855 premis perniagaan turut diperiksa oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut kawalan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala 287 premis perniagaan dan 334 individu di 18 kawasan turut diperiksa oleh DBKK dalam Operasi Pematuhan SOP,” katanya.

“748 pesakit lagi sedang menerima rawatan, 367 orang di Pusat Kuarantin, 370 orang di hospital, manakala 11 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara.

Sementara itu, seramai 136 pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh termasuk yang discaj dari hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC). Angka ini menjadikan jumlah kumulatif yang sembuh menjadi 238,521 orang.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 18 orang merangkumi 17 di Unit Rawatan Rapi (ICU) repurposed kritikal care serta seorang di wad serta kubikel akut manakala enam lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya.

Beliau berkata bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 10 orang bersamaan 16.13 peratus – Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular