spot_img
HomeSemasaSabah pegang 30 peratus projek perladangan kelapa

Sabah pegang 30 peratus projek perladangan kelapa

BELURAN: Kerajaan negeri akan memegang 30 peratus kepentingan dalam projek perladangan kelapa serta kemudahan pembuatan berasaskan kelapa bernilai RM400 juta, dibangunkan oleh Linaco Resources Sdn Bhd di Paitan.

Ketua Menteri, Hajiji Noor berkata, satu lagi inisiatif pelaburan Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui projek berimpak tinggi itu.

“Kerajaan negeri menyediakan 2,000 hektar tanah, dijangka menyumbang kira-kira RM1.2 bilion setahun kepada ekonomi negeri ini,” katanya ketika Majlis Pelancaran Ladang Kelapa Linaco Paitan, kelmarin.

Dalam pada itu, semua infrastruktur diperlukan akan disediakan oleh Linaco untuk projek berkenaan. Sebaik sahaja projek beroperasi sepenuhnya pada 2026, ia dijangka menyediakan sebanyak 4,400 peluang pekerjaan.

“Saya amat gembira satu MoU yang dimeterai antara Kerajaan Negeri dan Linaco dalam membangunkan industri berasaskan kelapa Sabah pada Mac tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Linaco melabur RM200 juta untuk pembangunan ladang kelapa dan RM200 juta lagi untuk membina kemudahan pembuatan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular