Marang: Mahkamah Majistret memutuskan perintah reman terhadap seorang doktor klinik swasta yang didakwa menjual sijil vaksinasi Covid-19 palsu disambung dua hari lagi bagi meneruskan siasatan lanjut.
Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan siasatan diteruskan dengan perintah reman berlangsung hingga khamis ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dijalankan pihak polis.
Terdahulu, suspek berusia 51 tahun itu ditahan berikutan disyaki menjalankan aktiviti pengeluaran sijil vaksinasi Covid-19 palsu kepada golongan anti vaksin dalam satu serbuan polis di premis perubatan suspek bekerja.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, siasatan awal mendapati suspek memperoleh keuntungan dengar kadar caj tertentu dalam anggaran antara RM400 dan RM600 bagi setiap sijil vaksinasi terbabit.
“Kegiatan tidak bertanggungjawab ini dipercayai sudah bermula sejak bulan September tahun lalu dan dioperasikan secara online”
“Pemeriksaan mendapati sebahagian pelanggan yang membeli sijil terbabit beralamat di Kuala Lumpur dan Kedah”, tambahnya lagi.