spot_img
HomePolitikPRU15: UMNO Sabah yakin boleh menang semula kerusi Parlimen Putatan

PRU15: UMNO Sabah yakin boleh menang semula kerusi Parlimen Putatan

KOTA KINABALU: Pada PRU-14, Barisan Nasional (BN) tewas di P173 Putatan, kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 2,339 undi.

Ketika itu, Datuk  Marcus Makin Mojigoh (BN), mendapat 11,767 undi, tewas kepada Awang Husaini Sahari (PKR) yang mendapat 14,106 undi.

Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed yakin pada PRU-15 yang akan menjelma tiba tidak lama lagi, Parlimen Putatan akan ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN).

“Kita telah bersedia dan menetapkan sasaran kerja, jentera telah digerak melalui Jalinan Rakyat secara agresif. Kami yakin penduduk Putatan akan memberi mandat kepada BN pada PRU-15 nanti,” katanya.

Tambah beliau, UMNO Putatan menerima sesiapa sahaja untuk memasuki parti kerana percaya ia akan dapat membantu BN berjaya dalam PRU-15 nanti.

“Sebab itu saya tekankan termasuk kepada mantan parti-parti lain yang menyertai UMNO ini. Moto menjelang PRU-15  ‘tidak ada sesiapa pun yang ditinggalkan’ maksudnya pengundi mesti dijaga rapi, jentera mesti ada di mana-mana sahaja dan markas mesti mengawal atau melindungi P173 Putatan,” jelasnya.

Keputusan PRU-15.

UMNO Putatan telah siap siaga mengerakkan kerja di semua peringkat dengan menetapkan hala tuju dan matlamat parti untuk menawan semula P173 Putatan.

“Untuk menghadapi PRU-15, strategi mesti ada, target dibuat melalui KPI. Proses sekarang bagaimana meningkatkan angka penyokong dan pengundi yang berpihak kepada BN.”

Kata Jeffery, kena faham bahawa Putatan ini adalah penempatan dimana perkaitan persaudaraan yang luas. Justeru ikatan ini perlu perkukuhkan dengan mengaplikasi bagaimana membentuk jajaran khidmat kepada rakyat.

Jeffery Nor bersama pihak pengurusan SESB memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg. Contoh Putatan.
Penerima sumbangan.

“Bagaimana kita mahu membentuk suasana yang mesra dengan penduduknya, adakah Putatan boleh berikan peluang pendapatan kepada rakyat”

“Bagaimana mengawal kedudukan kita supaya tidak menjadi sepeti bandar-bandar lain yang rosak dan itu semua ada dalam perancangan kita jika mentadbir di sini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular