spot_img
HomeSemasaPPM perlu laksanakan tugas bantu rakyat - Datuk Seri Hajiji

PPM perlu laksanakan tugas bantu rakyat – Datuk Seri Hajiji

KOTA KINABALU: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di bawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diingatkan supaya melaksanakan tugas dengan penuh komitmen dan integriti untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, sekiranya didapati ada PPM yang gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Katanya, semua PPM perlu melaksanakan kewajipan membantu wakil rakyat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Ini untuk memastikan aspirasi rakyat yang memilih GRS sebagai kerajaan dapat ditepati,” katanya selepas menyaksikan Upacara Mengangkat Sumpah dan Penyampaian Surat Pelantikan kepada 44 PPM di sini.

Beliau berkata, PPM yang cekap akan membentuk landasan yang kukuh di peringkat akar umbi seterusnya mewujudkan pemerintahan kerajaan yang kuat.

Hajiji berkata, pelantikan PPM juga akan membuka jalan untuk pelantikan pemimpin akar umbi lain seperti Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Mizma Appehdullah (PPM Segama)

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para PPM, kerajaan hari ini berdepan dengan cabaran akibat penularan pandemik COVID-19.

“Kita perlu menggerakkan aktiviti pemulihan ekonomi namun sekarang kita menghadapi kekangan pergerakan.

“Kerajaan berharap apabila wabak ini tidak lagi merebak di Sabah, kita dapat berusaha untuk meningkatkan ekonomi negeri ini,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Datuk Matbali Musah.

PPM yang mengangkat sumpah pada majlis itu termasuklah Suraya Asek @ Eyan Abd Rashik (Ibu Pejabat UPPM), Murnih Lamsari (Sulaman), Abu Bakar Gapar (Lamag), Jewin @ Patrick Paunil (Tambunan), Dounis Sany (Kundasang), Rosdi Abd Ghani (Karanaan), Madin Anak (Tamparuli), Saruji Abdul Rahman (Membakut), Samry @ Sami Sher Mohammad (Sukau), Mohd Sufian @ Eddie Matin (Tanjung Keramat), Matlan Tman (Karambunai), Tony Talasoy (Sook), Mohd Hisyamuddin Harun (Paginatan), Kamarul Anuar Ahmad @ Augustine (Bandau), M. Aziriansyah Ali (Apas), Jepinus Kimun (Kuala Penyu), Junior Fred Vincent (Bingkor), Jalil Atang (Sugut), Majawab Masantun (Tandek), Mohd Rosli Ibrahim @ Dulaim (Pantai Manis), Matjun @ Yunus Mathon (Klias), Berahim Nasib (Sungai Sibuga), Rafael Rindan @ Rafael Lindan (Labuk), dan Mohamad Lahab Enul (Bengkoka).

Turut dilantik Golubi Guntarek (Kiulu), Marius Masain (Matunggong), Casmir Silip (Tulid), Ramlah Nasir (Pitas), Saharuddin Salleh (Tanjung Batu) Jamlan Saparan (Pintasan), Sigam Angor (Tempasuk), Amran Disah (Usukan), Rosli Ibrahim (Kawang), Dioslin Alin @ Augustine (Lumadan), Sani Miasin (Sindumin), Frederick Philip @ Fred Toyong (Liawan), Sabili Ahunang (Kemabong), Deckson Anthony @ Andipai (Nabawan), Marcellus Jaffery (Telupid), Isgau Abdullah (Sungai Manila), Tokyo Abdul Hasim B Saulid Kandan (Kuamut), Amran Karim (Balung), Mizma Appehdullah (Segama), dan Hussin Mohd Rais (Kunak).

-USBO

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular