spot_img
HomeEkonomiPasar Pangkalan Kunak perlu dibaiki segera - Anil Sandhu

Pasar Pangkalan Kunak perlu dibaiki segera – Anil Sandhu

KUNAK: Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian P188 Lahad Datu, Dato Sri Anil Sandhu meninjau ke Pasar Pangkalan Kunak yang kian usang dimakan zaman.

Kata Anil, keadaan pasar yang semakin usang dengan keadaan atap dan lantai semakin buruk. Pasar ini perlu dibaiki dengan segera.

Tambahnya lagi, pasar ini tempat mencari rezeki penduduk tempatan dan lokasi urusan jual beli penduduk di sekitar daerah Kunak. Baik pulih pasar ini akan merancakkan ekonomi penduduk di sini.

”Saya akan segera mencari dana bagi proses naik taraf dan baik pulih pasar ini. Bagi saya masa dalam dua ke tiga minggu untuk mencari dana sama ada melalui kerajaan atau sebaliknya,” jelasnya.

Lawatan ini turut disertai Pengawai Eksekutif Majlis Daerah Kunak Tuan Nazri dan Timbalan Eksekutif Majlis Daerah Kunak Tuan Eksan.

Anil Sandhu bersama peniaga Pasar Pangkalan Kunak.
Pasar Pangkalan Kunak indah dengan pandangan laut.

“Pasar ini akan dibuat ruang solat para peniaga, mudah untuk tunaikan solat. Semoga segala usaha dan niat baik  dipermudahkan”

“Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Semoga kita sentiasa hidup dalam komuniti yang harmoni dan saling bantu-membantu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular