spot_img
HomeDuniaOmicron dikesan di 38 negara, tiada kematian dilaporkan- WHO

Omicron dikesan di 38 negara, tiada kematian dilaporkan- WHO

GENEVA : Semalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan varian Omicron dikesan di 38 negara setakat ini. Namun tiada kematian dilaporkan.

WHO memaklumkan pihaknya kemungkinan mengambil masa berminggu-minggu untuk menentukan tahap penularan varian baru itu.

“Adakah menyebabkan penyakit yang lebih teruk dan bagaimana keberkesanan rawatan dan vaksin terhadap varian tersebut,”tambahnya.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata mereka akan mendapatkan jawapan yang diperlukan oleh semua orang.

Jurucakap WHO Christian Lindmeier juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati dengan varian Delta, yang telah menyumbang 99.8 peratus jujukan yang dimuat naik ke inisiatif sains global GISAID dengan spesimen yang dikumpul dalam 60 hari yang lalu.

“Omicron mungkin semakin meningkat, dan kita mungkin sampai ke tahap di mana ia mengambil alih untuk menjadi varian dominan, tetapi pada ketika ini, varian yang sangat dominan kekal Delta,” tegasnya.

Christian Lindmeier juga menggesa orang ramai menggunakan langkah yang terbukti melindungi diri mereka daripada Delta dan juga Omicron.

Amerika Syarikat dan Australia menjadi negara terbaharu yang mengesahkan kes penularan tempatan bagi varian itu, kerana jangkitan Omicron mendorong jumlah kes Afrika Selatan melepasi tiga juta.

Malaysia juga melaporkan jangkitan Omicron pertama semalam membabitkan penuntut asing yang tiba dari Afrika Selatan pada 19 November yang lalu.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular