HomeEkonomiKM serah bantuan YKS RM30,600 kepada 102 KIR mangsa banjir Tawau

KM serah bantuan YKS RM30,600 kepada 102 KIR mangsa banjir Tawau

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan  bantuan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) bernilai RM30,600, membabitkan sumbangan RM300  kepada setiap 102 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di daerah Tawau, baru baru ini.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri melalui Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Encik  Mohd Shoffian Mohd Said, bagi membantu meringankan beban keluarga yang terkesan akibat  bencana berkenaan.

Ketua Menteri turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas pengurusan bencana  yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir sepanjang kejadian itu, termasuk Angkatan  Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan  Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa  Pengurusan Bencana Daerah Tawau serta semua agensi dan ahli jawatankuasa yang terlibat.

Beliau berkata, komitmen dan kerjasama semua pihak dalam operasi menyelamat, pengurusan  pusat pemindahan sementara (PPS) serta penyampaian bantuan telah memastikan kebajikan  mangsa sentiasa terpelihara sepanjang bencana berkenaan.

Banjir yang melanda Tawau baru-baru ini menjejaskan 102 Ketua Isi Rumah (KIR) membabitkan  362 mangsa, terdiri daripada 217 dewasa, 109 kanak-kanak, 28 warga emas dan lapan bayi,  yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan  Tawau sebelum semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas  keadaan kembali pulih.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular