spot_img
HomeSemasaKempen kibar jalur gemilang daerah Kunak meriah | Demi Sabah

Kempen kibar jalur gemilang daerah Kunak meriah | Demi Sabah

KUNAK: Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan, Jabatan Penerangan Kunak, agensi kerajaan dan swasta melancarkan pelbagai program jalur gemilang di seluruh daerah Kunak.

Semalam dan hari ini telah berlangsung Program Komuniti Bersama Masyarakat dan Mini Karnival Maal Hijrah berlangsung di Kampung Mesej Pangi dan Masjid Nurhidayah Kampung Lormalong.

Dato Sri Anil Sandhu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian P188 Lahad Datu berkata, kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan di daerah Kunak berjalan lancar dan penuh meriah dengan kibaran jalur gemilang.

Anil merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia hadir dan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penganjur dan penduduk kampung dengan semangat patriotik yang sangat tinggi.

“Mereka mengibarkan jalur gemilang di sepanjang jalan kampung. Semangat cintakan negara sangat mendalam ditunjukkan oleh penduduk kampung di sini,” katanya.

Program semarak kemerdekaan ini diselitkan dengan pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan mewarna dan melukis bagi kategori kanak-kanak serta penyerahan jalur gemilang kepada penduduk kampung.

Program Mini Karnival Maal Hijrah berlangsung di perkarangan Masjid Nurhidayah Kampung Lormalong.
Pertandingan mewarna dan melukis kategori kanak-kanak.

“Semoga dibulan kemerdekaan ini, kita ingat pemimpin dahulu yang bertungkus lumus berjuang untuk menentang penjajah da pemimpin yang terdahulu memajukan daerah Kunak ini”

“Kerana tiada pemimpin lama maka tiadalah pemimpin baru hari ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular